Friday, September 01, 2006

bintang-bintang

Bila aku melangut ke langit melihat bintang-bintang, aku tahu ada kemungkinan dalam beberapa jarak, (mungkin sebatu, mungkin beribu) kau juga memandang langit yang sama. Langit yang mungkin tak berubah sejak sedekad lalu.

Mungkinkah kau juga sama? Sekelumit perasaan yang tertanam sangat dalam hinggakan ia tak dapat berubah. Atau kau cuba buang tapi saki bakinya sangat degil melekat.

(fikiran penuh harapan yang hanya memungkinkan apa yang kita ingin percaya, jadi kita buat andaian. Supaya kita tak mati tanpa harapan)

Tapi kau manusia, yang jangkahayatnya hanyalah sehela nyawa bintang-bintang. Tak mungkin kau tak berubah.

Kadang-kadang aku melihat diri ini seperti gunung-ganang, seperti bintang-bintang, yang memerhati perubahan sementara diriku, menanti dan kekal seperti bila-bila.

Malam ini bawalah dirimu yang dulu, lengkap dengan baumu, lengkap dengan rasa kulitmu, lengkap dengan tabiatmu, lengkap dengan riak-riak wajahmu, biar realiti dulu dicipta semula dalam mimpi,

sedang tidurku diperhati bintang-bintang.

p/s terima kasih Awan, yang di suralayanya berkongsi menyimpan arkib peribadiku seperti kapsul masa.

2 Comments:

Blogger awan said...

i love you honey.

p/s: jgn terlalu melangut ke langit kerana alam di bumi mungkin akan lari. meninggalkan kamu pedih dgn realiti. yang kamu tak mampu utk erti.

p/s: kita perlu berlari dalam mimpi dan fantasi. bukankah dari fantasi akan menjadi realiti?

7:09 pm  
Blogger Faxx said...

Berlari ke Pantai...

11:43 am  

Post a Comment

<< Home