Monday, July 27, 2009

Stanza for the One Who Lurks in Shadows

Oh! Mir shadow-lurker,
thine organs are of fire, thy demeanour ice,
virtuous are thy desires, thy noble love vice!

Sunday, May 17, 2009

Chenang

Mendongak aku ke langit pekat. Malam ini Elentari tak begitu pemurah. Tapi tak mengapa, di tempat bintang-bintang, ratusan obor berapi yang melayang-layang menjadi titik-titik cahaya di langit.

Dalam sela masa yang tak menentu mercun yang meletup menyelimut pantai dengan cahaya, seraya alam terbuka luas, seolah-olah mengajuk, bahkan meramal hidupku yang malar kelam ditandangi detik-detik cerah bersifat fana.

Dan sekali lagi aku meninggalkan hati di pantai.

Ada apa dengan pantai yang memanggil-manggil hati untuk ditinggal dibiar didampar di pasirnya?

Untuk menjadi kutipan orang-orang tak punya hati?

Lalu aku akan kembali ke Chenang,
untuk menyikat pasirnya,

Demi detik-detik cerah bersifat fana itu,
demi pelukan “Selamat Tahun Baru”,
demi “sweet dreams are made of these” ,
demi pasir di celah jari-jari kaki,
demi mencari kembali hati yang belum dituntut

walau hanya dalam mimpi.

Thursday, November 20, 2008

Dada

Fakir-fakir Kashmir
Balu-balu Palestin
Anak-anak Iraq

Wahai penduduk dunia
yang hatinya gusar
jiwanya kacau

Aku tahu tempat selamat
untuk melabuh kepala
lelap tidur -

di dadanya.

Wednesday, October 29, 2008

Cinta Yang Agung

ke anak cucu.

Sunday, September 07, 2008

Eksemplari Chairil Anwar Buat Parvati di Ofis Ong&Ong

Berbisik aku kepada si Pemecah Ruyong, ” Kau dengar ni?”

Dum-dum
Dum-dum

Jawab si Pemecah Ruyong sambil menekap telinga ke dadaku, “Ya, bunyi jantung kau, bukan?”

“Bukan, bukan. Bunyi peredam cerucuk.”

“Kenapa simpan barang mekanikal dalam hati? Bukan hati organik sifatnya, penyimpan rasa-rasa cinta pemendam rasa-rasa dendam...”

“Pada cerucuk tertulis rasa-rasa cinta yang jadikan aku gila. Aku benamkan dalam-dalam. Kau yang mengajar aku jadi mekanikal, jadi robot.”

“Ok je.”

“Tengok. Robotik"

Saturday, November 24, 2007

Pemuja Penari Podium

Monolog buat Malaikat yang berpakaian oren, yang singgah ke bumi untuk menyanyi ‘Negaraku’, yang menambat retinaku sampai pagi:-

Malam yang aku berbaring kejap melihat kubah mahkamah dibingkai gerbang tajam terpandang aku sedetik pada bintang-bintang. Mungkin dalam kerdipan mereka ada jawapan. Tapi Elentari tak berbicara.

Jadi aku bertanya pada dewi Aphrodite, dewi Parvati bahkan pada diriku sendiri (kerana dewi-dewi humanis direka daripada manusia) -

Apakah nasibku, si Pemuja Penari Podium,

seduduk dengan Muhairi Si Pemuja Punggung Tonggek Pinkie atau Christian si Pemuja Satine The Sparkling Diamond?

Nampak tak persamaannya, bila kata Muhairi, “Punggungmu itu keindahan”

Dan kata pula aku si Pemuja Penari Podium,

“Lehermu wasap-wasap khayal, sehela baunya hilang warasku seribu malam”

Atau bila kata Christian, “Cintamu oksigen”

Dan aku pula mencelah,

”Bibirmu candu, ketagihku tak berpenawar”

(Kalaulah menghisap candu itu berdosa hukumnya, beri, dan berikan lagi aku dosa)

Bohong kalau aku kata aku boleh berikan kau segalanya (macam orang-orang lain sebelum aku.)

(Tapi fikirku dalam gilaku) Lihat tanganku. Lihat apa aku hulurkan-

Pada kau si Penari Podium, boleh aku tunjukkan makna taksub. (this ridiculous obsession with love) Lihat,

Bangun pagiku kerana mahu menatap wajahmu.
Tidur malamku kerana mahu mimpikan kamu.
Cantik rumahku kerana kaulah Balqis yang akan menyinsing kain menyusuri lantai (hilang kegelapan sekian alam).
Gigih kudratku kerana aku mahu belanja kau makan.
Elok lakuku kerana aku mahu masuk syurga berjumpa kamu.
Elok diriku agar aku boleh berdiri sama tinggi denganmu.

(Dan terbayang dalam gilaku)

kita menari atas podium suralayamu sampai mati.





Parvati dan Aphrodite, aku, bahkan kau, masih berhutang jawapan.

Thursday, September 06, 2007

room with a view

a dose of crazy logic:

If 'view towards KLCC's Petronas Twin Towers' is indeed a selling point in a residential or commercial property (which is played to death by those people at marketing),

then the offices at the Petronas Twin Towers itself (if they were for sale anyway) should be selling very cheap shouldn't they?